50 KEISTIMEWAAN WANITA
“Sekadar
renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa istimewanya menjadi
wanita. Betapa bertuahnya menjadi wanita. Bersyukurlah kerana menjadi wanita.
Bacalah risalah ini dengan niat untuk diamalkan dan sampaikan kepada mereka
yang lain. Insya Allah.”
1.
Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih
kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal
tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang
penyayang tidak akan sia-sia.”
2.
Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang
tidak soleh.
3.
Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
4.
Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
5.
Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama
orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang
takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6.
Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu
diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang
menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
7.
Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat
(tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama
haidhnya membaca “Alhamdulillahi’alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji
bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala
dosa.”; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui
shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa’ala mengangkatnya ke
atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu
berzikir kepada Allah selama haidhnya.
8.
Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.
9.
Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau
dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam
pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta
bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.
10.
Daripada Aisyah r.ha. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka merekaakan
menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”
11.
Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
12.
Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan
ibumu dahulu.
13.
Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia
kehendaki dengan tidak dihisab.
14.
Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara,
malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama
mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya (serta menjaga sembahyang dan
puasanya).
15.
Aisyah r.ha. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang
lebih besar haknya terhadap wanita ?” Jawab baginda, “Suaminya” “Siapa pula
berhak terhadap lelaki ?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Ibunya”.
16.
Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib
sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka
pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.
17.
Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t.
memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
18.
Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah
para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan
1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
19.
Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80
rakaat solat wanita yang tidak hamil.
20.
Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
21.
Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
22.
Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t.
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
23.
Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan
setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
24.
Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa
seperti keadaan ibunya melahirkannya.
25.
Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira
sebagai mati syahid.
26.
Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu
badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
27.
Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka
malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
28.
Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan
memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
29.
Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga
anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
30.
Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang
sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan
hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
31.
Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan
baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala
sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah
mengangkatkannya seribu darjat untuknya.
32.
Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang
tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka
ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga,
yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.
33.
Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan
mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia
pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan
padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana
mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah
ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana
memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga
tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun
yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.
34.
Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan
malamnya menggembirakan suaminya.
35.
Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat
isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.
36.
Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun
solat.
37.
Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan
letih akan medapat pahala jihad.
38.
Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas
dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
39.
Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar
roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka
diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
40.
Thabit Al Banani berkata: Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah
matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan
makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan.
Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan
sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan
keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati
suaminya).
41.
Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah.
Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya,
“Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda,
“Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu.
Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya
sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.
42.
Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh
binatang itu dengan doa keberkatan.
43.
Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan
rezekinya.
44.
Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti
meyapu lantai di Baitullah.
45.
“Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat
roti, Allah akan mebinakan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak
diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”
46.
“Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan
mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan
memadamkan seratus perbuatan jahat.”
47.
“Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya,
Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas takhta di hari
akhirat.”
48.
“Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,
menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah
akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan
memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan
berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”
49.
Sabda Nabi s.a.w.: “Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan
janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum
akan dia dari sungai sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan
akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman- taman syurga dan
dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas
Titian Shirat.”
Tidak ada komentar:
Posting Komentar